aku.kami.semua;-)

we share coz we care.....

Pages

 Sehari  sebelum umat Islam menyambut hari raya aidiladha yang lepas,emak saya memberitahu saya tentang e-mail yang baru diterimanya dari rakan sekerja.Ye la..,saya pun layan je la.Dengar,dengar dan dengar..ceritanya membuatkan saya sedikit terkejut.Rupa-rupanya e-mail yang baru diterimanya menceritakan tentang kisah yang berlaku terhadap seorang doktor.

Suatu hari,doktor tersebut telah menerima seorang wanita tua sebagai pesakitnya.Wanita tersebut bolehla dikategorikan berumur dalam lingkungan 70-an.Datang pula seorang diri..jalan pun terketar-ketar.

Doktor tersebut meninjau-ninjau di luar kliniknya.Sangkanya ada orang yang menghantar wanita tersebut..rupanya tiada..Doktor tersebut pun menghampiri pesakitnya,wanita tua itu.."Mak cik datang sini seorang diri je ke?"Wanita tersebut mengangguk perlahan..Doktor tersebut berkata lagi,"Mak cik datang sini naik bas."ringkas sahaja jawapan wanita tersebut.

Terkedu sebentar doktor itu..Jarak stesen bas dengan kliniknya boleh tahan jauh.Mak cik ni datang sini..jalan kaki je?Doktor tersebut tidak bertanya lagi.

Selepas rawatan,doktor tersebut bertanya lagi.."Mak cik nak balik nanti dengan apa?"

"Dengan bas"..

"Anak mak cik tak ambik mak cik ke?"

Wanita tersebut terdiam sebentar lantas berkata yang anaknya tidak mahu menghantarnya.Sangka doktor tersebut yang anak wanita tersebut busy..Korek punye korek,rupa-rupanya anaknya tidak berpuas hati terhadap pembahagian harta yang dibuat oleh wanita tersebut..katanya tidak adil.Dan anaknya tidak mahu menghantar ibunya ke klinik..Dibiar ibunya terkial-kial seorang diri.Kerana harta.

Lalu doktor ni pun dengan baik hatinya menghantar wanita tua tersebut pulang ke rumah..Wanita tua tersebut tinggal bersama anaknya.

Sampai sahaja di rumah wanita tersebut,doktor itu melihat elok sahaja si anak wanita tersebut sedang mencuci kereta..

Ye,tengah cuci kereta..

Doktor tersebut hanya mampu melihat.Si anak ada kereta tapi sanggup melihat ibunya yang tua mengambil bas untuk ke klinik..

Di mana rasa hormatnya sebagai anak terhadap ibunya?


 by Aina

0 Responses so far.

Post a Comment

    About Me

    My Photo
    IzmanaGB
    kick off your shoes and lepak wif us...the bloggers are Mai (Hikari Naito), Aina and Izyan...three person many stories one world....haha...camner??
    View my complete profile

    Followers