aku.kami.semua;-)

we share coz we care.....

Pages

at 1:36 AM Posted by IzmanaGB 0 Comments

Hari rabu yang lepas,aku attend satu tuisyen kelas..atas kesedaran sendiri sebab dah tau sendiri tak pandai for certain subjects.Kelas start pukul 11.30 pagi dan berakhir pukul 2.30 petang.Non-stop tu..huu..Tapi sebenarnya bukan nak cerita pasal kelas tu atau terjumpa klon Mr. Ong(manyak serupa!!) tapi nak cakap pasal tajuk entri di atas.


Aku sampai ke pusat tuisyen tersebut pada pukul 11.15 pagi.Sementara tunggu kelas aku bermula,aku berkenalan dengan beberapa classmate yang turut menunggu kelas yang sama.Salah seorang tu namanya Aida.Form 4 jugak.Dia bersekolah di sebuah sekolah agama di Pahang.Kami pun berbual.Tiba-tiba Aida pun bertanya,


"Dulu awak pmr,dapat berapa 'A'?"


"Oo..alhamdulillah.Saya dapat straight 'A's..awak?"


Dia hanya tersenyum."Oo..mesti awak calon-calon clever kan?".
Aku tersentak sedikit,"Eh, tak de lah,saya biasa-biasa je.Tak pandai mana pun."Hmm..isu-isu macam ni lah yang buatkan aku malas nak cakap aku bersekolah kat mana.Nampak sangat sesiapa yang mendapat keputusan exam yang cemerlang dipandang tinggi.Perlu ke berfikiran macam tu?Tak semestinya golongan-golongan yang tak mampu nak capai result yang bagus tak ada kelebihan.Sekarang ni,nampak sangat gred yang cemerlang dijadikan ukuran untuk status.(sorry ye,bukannya status kat FB)Sampaikan sesetengah pelajar bagaikan 'terpaksa' untuk belajar.


Berbalik pada perbualan kami tadi,Aida pun cakaplah yang dia hanya mampu mendapat gred 'E' untuk subjek mathematics.Aku pun cakap kat dia walaupun untuk pmr aku dapat 8A,tapi hakikatnya aku dapat  gred 'G' untuk subjek add math semasa final exam tahun ni...walaupun aku berjaya mendapat 'A' untuk subjek-subjek yag lain.Maknanya setiap orang ada kelebihan sendiri,berbeza antara satu sama lain.Mungkin si Aida tadi ada kelebihan yang aku dan orang lain tak mampu nak capai.



Flashback semula..a few months sebelum pmr,aku diberi 'hadiah'.'Special punya..'.'Hadiah'nya adalah camp 2H1M untuk pmr candidates.Tak boleh cakap 'TAK NAK' sebab mak aku dah daftarkan aku.Nak tak nak kenala jugak pergi.


Ok,fine..aku pun pergi.Camp tu tak adalah teruk mana.Tak adalah kena belajar 24 jam.Kawan baru pun ramai.Okla tu.


Adalah satu masa tu,kami semua diberi kertas yang mengatakan tentang target gred yang mungkin kami dapat dalam pmr.Aku pun targetla semua 'A'.(walau tak mampu pun kenala jugak target macam tu..)Habis je aku tulis apa yang patut ditulis,aku pun jenguk-jengukla target kawan-kawan baru aku ni..


Ada yang target semua 'A'..'B'..Okla tu kan.tiba-tiba je aku ternampak 'C' dan 'D' untuk subjek science dan math.
"Eh,kenapa targert 'C'?",aku pun tanyala.huu,direct betul aku tanya."Dah tu,tu je yang kita orang mampu..",si owner kertas pun balas.


Mak aku,sebagai bekas guru add math dan prinsip akaun..(sekarang bekerja di sebuah syarikat)akui bahawa tak semestinya yang paling pandai tu yang paling bagus.Mak aku mengajar di kelas A,C,E.Dia sendiri mengakui yang para pelajar di kelas A memang 'cepi' tapi para pelajar di kelas 'E'la yang paling baik.Walaupun mereka takla sepandai kelas 'A' tapi mereka lebih cemerlang dalam ko-kurikulum dan sukan.Sebut je sukan apa,diaorangla yang jadi wakil sekolah.


Nampak sangat yang mereka berjaya dalam bidang masing-masing walaupun mentaliti masyarakat kita selalu nampak pelajar di kelas 'A' lebih berjaya.Hakikatnya  sama.Kurniaan atau paksaan?Itu boleh kita usaha,selebihnya..sendiri mau fikirla.




by Aina


















Reactions: 

    About Me

    My Photo
    IzmanaGB
    kick off your shoes and lepak wif us...the bloggers are Mai (Hikari Naito), Aina and Izyan...three person many stories one world....haha...camner??
    View my complete profile

    Followers