aku.kami.semua;-)

we share coz we care.....

Pages

          2 minggu sebelum ni..,abang aku dah pesan siap-siap dekat aku sebelum aku daftar untuk kursus intensif Bahasa Inggeris kat ITU,Kelana Jaya..

"Awak pergi sana nanti jangan act pulak,"

Tapi yang aku dengar...

"Add??"Apa rasionalnya dan kaitannya dengan BI?Takkan belajar English je pun ada kait dengan add kot??Ya Tuhan...

"Act.Tak semua yang datang sana tu pandai macam awak,"

"Owh...".Aku salah dengar ke.."Pandai ke?"

"Bolehla.."

Tapi yang pasti tak ada kena-mengena dengan Add Math dan takkan ada kena-mengena dengan Add.Huh..dah cukup dah 2 tahun aku mentally and physically abused sebab subjek yang satu tu..


So,aku pun masukla..and yada yada.Kawan baru..kelas baru..cikgu baru..dorm baru..semuanya ok.Semuanya bagus..alhamdulillah.


Tapi ada satu-satu masa tu teringat jugak kat diaorang.Kadang-kadang bila aku nak pergi jogging kat taman tasik depan tu je,aku teringat betapa meriahnya petang-petang di STF.Pergi fitness je pun tapi boleh menyimpang sampai macam-macam game kitaorang main dalam satu-satu petang tu.Bandgirls..kalau ajak jog ok je,2,3 round pn boleh tahan tapi tak taula sekarang.Hahaha..


Aku belajar cara ikat tali kasut untuk pertama kalinya dari Rosliyana..sebab aku memang tak suka benda-benda yang terbelit dan mengusutkan fikiran aku bila aku tengah rushing nak kejar masa.So,dia ajarkan..lepas tu,Izyan pulak yang jadi mangsa time kena bukak apa-apa untuk aku.Haha...Aku pun jenis yang senang terjaga malam-malam.Aku tak taula kenapa asyik terjaga..bila terjaga je mesti dekat-dekat pukul 3 pagi.Kadang-kadang bila aku termimipi benda-benda yang tak patut je,aku akan pergi menyelit antara Izyan dengan Alisa...,paling lama aku tidur dengan diaorang tu lepas tengok movie Paranormal Activity.Movie tu tersangatla real sampaikan Fadha kata tu lakonan je.Haha..aku tak taula apa yang aku fikir sampaikan aku boleh terfikir macam tu tapi movie tu memang berjaya buatkan aku untuk tak tidur sorang-sorang..lepas Mai dah tak de.Sampaila Meng datang as new bedmate aku.Haha


Sekarang ni bila tak dapat tidur atau aku terjaga lagi malam-malam,wish betul boleh menyelit tidur lagi antara diaorang...


Tapi sekarang ni dah masuk fasa yang lain..,kawan-kawan yang baru.Diaorang memangla..dalam masa minggu pertama je dah macam-macam tempat kitaorang pergi.Ni pun kena rancang bajet betul-betul..,dengan plan nak pergi sana,pergi sini..before exam bulan 3 nanti.Apparently budget could be tight..kerja aku la tu kena plan betul-betul ni.Haish...




After all,even pergi mana-mana pun,still teringat kat GBs.Haha...really miss those moments.

How is it that every boy you find seem to be the same?

Criteria to recognize a male:
1. They have egos that could beat a skyscraper.
2. They're just not serious about anything, even when they say 'I love you'.
3. Everything they say is right. Even when it isn't.

A message to all boys who may read this: if you really love somebody, make sure you're willing to go through anything, even if your pride is at stake. If not, then it's NOT love, it's your f***ing pheromones. You'll regret breaking whatever relationship you just realized isn't real.

And be prepared to face the wrath of that girl's best friend.

Tadi,sambil-sambil meng'online'kan diri ni...aku terdengar satu ceramah ni.Ceramah tu dekat tv..tak taula dekat tv9 ke dekat channel Al-hijrah tapi yang pasti dekat tv laa..Kalau ikut style tok wan aku,dia akan buka ceramah yang ada kat siaran radio..yang loghat utara pekat mengalahkan sup campbell rosliyana.Tapi sekarang ni bukan nak cerita pasal ceramah yang tok wan aku selalu dengar tu tapi ceramah yang aku terdengar tadi.Isu ceramah tu boleh tahan jugak -peranan ibu bapa (heh,dah macam tajuk esei spm paper BM pulak) dekat isu gay dengan lesbian dalam diri anak-anak.


Tiba-tiba je mak aku bersuara..

"Betul ke acik?"

Haa??betul apa pulak ni..aku tak dengar apa-apa pun sebab telinga aku tengah bersumbat dengan earphone..hehe..macam biasa.

"...biasanya anak-anak yang terlibat dengan benda-benda macam ni sebab sekolah satu jantina.Semua lelaki tau semua perempuan.Sebab dah terbiasa dengan situasi satu jantina tu,jadi mereka ni ada perasaan sayang terlebih dekat kawan sejantina mereka..."

Oh..pasal tu ke..

"Mestila ada mak.Wajibla semua sekolah satu gender ni ada benda-benda macam tu"

Mak aku terdiam.Hahaha..kenapa la pulak dengan mak aku ni..

"...kita ni sebagai ibu bapa kena tengok..kalau yang anak lelaki tu suka main patung-patung ke,masak-masak ke..cakap sikit dah nak nangis.."

"Macam Asyraf..acik lawan mulut dengan dia sikit dah nak nangis.eee.."

Penceramah tu pun ada jugak kata untuk kenal pasti manusia khunsa ni..,kita boleh check berapa bilangan tulang rusuk yang dia ada.Kalau ganjil,lelakilah..vice versa.Instead of kita observe minat dia ke arah apa..boleh je jadi misdiagnosed kalau ikut tu.

Mak aku ketawa je dengar aku kata macam tu.Dan atas sebab tu jugakla aku pernah cadangkan mak aku hantar adik aku tu ke rmc ke..kisas pun bagus jugak.Biar dia jadi lelaki sikit..hihi..Tapi benda tu tak adala affect sangat dekat semua student yang sekolah satu gender.Golongan tu minoriti je..Alhamdulillah yang aku tengok setakat ni batch aku mostly normal je..kecuali yang dah tergelincir sorang dua.Yang tu dah tak tau nak nasihat macam mana..


Aku ingat lagi waktu on the way ke tuisyen tahun lepas.Masa tu mak aku yang hantar dan kebetulan waktu aku ternampak isu terbaru dekat Mastika -trend kelar-kelar tangan dalam kalangan student.Bila aku ternampak cerita tu,aku katala dekat mak aku..yang dekat sekolah aku pun ada jugak benda-benda macam ni berlaku.Mak aku terkejut..

"STF pun ada kes macam ni?"

"Haah.."

"Ish..kalau awak buat benda yang sama..,mak terus hantar awak jumpa psikiatri."

Muka mak aku serius betul masa tu.Hahaha..alahai,tak ada kerja aku nak cacatkan tangan aku ni dengan kelar-kelar tangan segala bagai tak pasal tu.Penat je aku jaga elok-elok.Tapi macam excited pun ada jugak sebab bolehla aku interview psikiatri tu..since aku pun memang minat benda-benda mental ni..haha...


Tapi..Allah kan dah berfirman..setiap makhluk itu diciptakan berpasang-pasangan.So,kenapa nak pertikaikan?



وَمِن كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ
Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan.. ( Az-Zaariyaat : 49)

سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ
Maha Suci Zat yang telah menciptakan berpasang-pasangan semuanya dari apa yang ditumbuhkan bumi dan dari diri-diri mereka sendiri dan dari apa yang tidak mereka ketahui. (Yaasiin : 36 )

    About Me

    My Photo
    IzmanaGB
    kick off your shoes and lepak wif us...the bloggers are Mai (Hikari Naito), Aina and Izyan...three person many stories one world....haha...camner??
    View my complete profile

    Followers