aku.kami.semua;-)

we share coz we care.....

Pages



Assalamualaikum :)
 
 
Yup, it almost few hours left before we are going to leave 2012
Alhamdulillah, dalam setahun yang mempunyai 365 hari ni, Allah telah memberikan kesempatan buat Yan mengenali erti kehidupan . Selama ni kita berada di tampuk keselesaan tanpa kita sedar. But again
, "ketentuan Allah itu sangat cantik"
 
Yan redha dengan ketentuan ini. Bak kata orang putih...GO WITH THE FLOW.
Bermula dengan result SPM, then Allah takdirkan Yan gi UTM, jumpa kawan2...a bit drama happened here..huhu
Of coarse, after went to INTEC. There, a huge impact occured in my life. Mungkin time tu nak bwat preparation to oversea, so pemikiran lain sikit. I learnt to love ISLAM better than i had before. Yan bersyukur dapat kawan2 yang sangat perihati lagi penyayang. And at last, we all through the same life together in FRANCE!!
 
Sekarang, berpijak di bumi asing.....banyak dugaan dan cabaran. Namun mungkin berkat doa dan usaha semua orang, setakat ini kami pass. Alhamdulillah.
 
Dikurniakan lecturer yang awesomes...rakan2 yang boleh dianggap macam mak ayah kiteorng dalam kelas (sebab we all paling muda) segalanya berjalan lancar. Proses pembelajaran tidak terganggu langsung. Di sini juga Yan nampak kebesaran Allah...sebab although we are different in physical, but most of us comes with the same aim, TO GAIN KNOWLEDGE.
 
Kesimpulannya, setiap perkara yang berlaku dalam 2012 ni, mungkin akan sentiasa tersimpan dalam kotak memori dan andai sejarah itu berulang lagi, Insyaallah Yan akan lebih bersedia menghadapinya kerana pengalaman merupakan guru yang terbaik .
 
So, buat insan2 yang disayangi selalu di TANAH AIR,
 
saya,
 
 Izyan Syuhada Ishak menyusun 10 jari memohan ampun dan maaf atas segala kesilapan yang telah dilakukan dan semoga 2013 ini membawa lebih keberkatan dalam persaudaraan kita.
 
 
 
 
 
Salam sayang dari saya di bumi Besancon, France
 
 
 
 
classmates 2012
 
rakan-rakan yang sentiasa menyokong dalam menjalani liku2 kehidupam..may ourfrienship last till jannah. (farah, tiada dalam gambar)
 
 

Life is a long way journey......



Reactions: 


Lepas re-run Hot Guys Who Cook (2 episod sekaligus.homaigadd!!) dekat Diva tadi, tiba-tiba keluar iklan promo Downtown Abbey.Aku tak tertarik sangat pun dengan drama tu,tapi yang bestnya lagu time promo drama tu.lagu tu memang fuhh...






Ni lah Milos Karadaglic.tang yang milo tu je yang aku ingat,sebab tu aku boleh hafal nama dia.wakaka..oh ya,abaikan tango dance yang super seductive kat video ni.aku dengar lagu dia je.

Anyway,bagi aku lagu ni memang best dan disebabkan aku tak de la minat sangat lagu-lagu pop sekarang yang sedap didengar kat melodi je tapi bila teliti balik kat lirik,pergh..paham-paham sendiri je la.Sebab tu aku lagi suka dengar muzik macam ni.Instrumental.Tak pun orkestra.lagi fokus bila nak buat kerja or mungkin sebab aku dah ada music background yang genre macam ni agaknya.

Kadang-kadang kalau aku nak mentally torture roommate aku atau Hani yang suka bertandang ke bilik aku,aku pasangla lagu-lagu macam ni.

Lepas tu sure diaorang buat muka pelik ala-ala gaya macam aku pasang lagu orang asli. =.=

*kalau dengar lagu ni dekat Besancon,lagi feeling kot.pfftt..dedicate Yan.and dedicate to Mai yang memang pro main gitar

Reactions: 


Sebenarnya...dah lama aku rasa jealous dekat kakak-kakak senior aku.Ya,jealous atau dalam bahasa melayu, cemburu.Yang memang sure,aku memang jealous dekat senior-senior aku merangkap seniors aku jugak waktu dekat STF.Kak Liyana,mantan naib ketua pengawas and straight A's student.Sekarang cantik dengan bertudung labuh.Bukan tudung bawal yang kononnya tutup melitup aurat yang memang jadi trend dekat Malaysia ni tu ya,ini tudung labuh bidang 50.Kak Wardah,senior aku jugak kat sekolah dulu.Hmm..seingat aku dulu dia ahli PKBM (L) a.k.a kadet laut a.k.a PK.Nak jadi PK ni bukannya senang,kira tough gilala siapa yang masuk dan stay sampai grad.Kak Wardah ni pun straight A's jugak time SPM dulu.Sekarang,Kak Wardah ni ahli IPI,Ikatan Pelajar Islam kat KMS dengan Kak Liyana.Nampak tak bezanya tu?Kak Farzana,pengawas,staright A's student dan juga seorang STFian.Dia memang cantik,friendly..memang prefect yang perfect la.

Kenapa aku jealous?

Dulu time sekolah,kenal pun sebab memang senior..dan kebiasaannya aku memang tak rapat dengan senior.Sebab aku bukan kaki kipas mungkin.Tapi masuk je KMS,bila lihat dengan mata sendiri transformasi senior-senior aku ni.Masyaallah!Kak Wardah,Kak Farzana dengan Kak Liyana memang lain sangat-sangat.Serius,aku terkejut sebenarnya tengok dia orang masa mula-mula masuk KMS dulu.Cantik sangat dia orang bertudung labuh.Serius.Sungguh tak tipu.Bersihnya muka dia orang,dah lain daripada yang aku pernah kenal dulu.

Masa time nak daftar dulu,biasa la.Gaya STF la,selempang tudung.Muncung tudung kena sharp weh,gaya tradisi turun-temurun tu.Tapi bila dah masuk sana,semacam rasa malu pulak bila biarkan tudung berselempang tak menutup dada.Sekarang ni dah masuk dunia baru,fasa baru.Dulu sekelas dengan perempuan je,sekarang sekelas dengan lelaki perempuan.Kot ye pun dulu tiba-tiba datang angin malas nak pakai tudung,boleh je free hair melenggang ke kelas tapi sekarang dah tak boleh.Serius,aku rasa malu bila aku selempang tudung.Rasa macam tak pakai apa-apa padahal bertutup.

Bagi sesiapa yang membaca entri ni dan berjantina perempuan,pernah tak rasa macam tu?Bila mana kita ingat kita dah tutup aurat setutupnya padahal sebenarnya tak sempurna lagi.

So, sejak tu aku dah tak selempang dah.Aku tukar gaya tudung aku.Dari selempang ke butterfly.Korang taula butterfly tu gaya apa so aku tak payahla nak kena buat hijab tutorial pulak kat sini.pffftt..Tak pun bila aku malas sangat nak berpin bagai,aku biar lepas ke bawah je tudung aku.Confirm sesangat boleh tutup apa yang patut.Boleh jugak search kat google kalau tak tau tudung tu apa.Kalau tanya kat UAI pun lagi bagus.

Dulu pernah aku stop kat kedai buku,nak singgah kejap beli majalah.Iyalah,stop la kan kalau naik kereta.Dalam duk aku tengah tengok majalah-majalah yang ada kat situ,tiba-tiba je ada motor lalu..

"Peeewiitt!!!"

Mak aii,takkan Harimau Malaya turun main bola dekat sini kot sampai dengar bunyi wisel tak pasal.Aku pandang kiri,memang sah bukan Rajagopal yang tiup wisel tapi ada dua ekor (may i say "ekor"?) malaun yang tengah mebonceng motor,pandang tepat kat aku.Aku pandang lagi kiri kanan aku.Tak de orang lain..memang aku la yang kena ni.Tapi aku fikir lagi sekali,waktu tu bukannya aku berseluar jeans ketat ke apa ke,aku pakai baju kurung siap tudung lepas bawah lagi.Ayu gitu..ahakss.Tapi keayuanku bukanlah di tempat pertama yang aku fikir waktu tu.Tempat kedua mungkin.

Waktu tu aku rasa malu sebenarnya,nampak sangat even aku pakai baju kurung dengan tudung gaya macam tu,still ada lagi orang yang durjana merendah-rendahkan martabat keperempuanan aku ni.Nak middle finger ke apa??Ingat aku pakai macam ni,aku ni ala-ala gadis pingitan yang hanya mampu tersenyum malu ke?Tapi dari situ,aku sedar yang aku ada kurang lagi kat gaya aku.Tak cukup lagi syarat-syarat menutup aurat baju aku ni.Cuba kalau aku pakai baju kurung yang longgar sikit,dan tak bertabaruj,ada ke lelaki-lelaki yang tak bertamadun tu nak buat macam tu?

Dan sebelum tu,dah ada beberapa insiden yang lebih kurang sama...teguran dari-Nya,mungkin.

Alhamdulillah bila dah bertapa nak menghabiskan A-level dekat KMS ni,bukan ilmu dunia je aku dapat.Nak dapat peluang belajar ilmu agama tu banyak sangat.Tinggal nak dengan tak nak je.Antara nak melayan marathon movie dengan mendengar ceramah agama dekat surau.Antara nak bukak novel dengan surah Al-mulk je.Antara nak kuak lentang dengan selesa atas katil atau join solat jemaah kat surau.Serius surau KMS ni best,banyak pengisian yang super best antara waktu Maghrib dengan Isyak.Rugi gila la tak datang surau.

Dan sememangnya aku jealous bak hang dengan senior-senior aku tu.Aku nak berubah ke arah yang lebih baik,sekurang-kurangnya aku nak start dengan pakai tudung yang sepatutnya.Bagi yang sudi baca,doakan aku berjaya untuk berubah.

May Allah bless you as well.Amin

















Reactions: 

    About Me

    My Photo
    IzmanaGB
    kick off your shoes and lepak wif us...the bloggers are Mai (Hikari Naito), Aina and Izyan...three person many stories one world....haha...camner??
    View my complete profile

    Followers