aku.kami.semua;-)

we share coz we care.....

Pages


Setiap saat yang berlalu.
 Berlalu tanpa disedari betapa pentingnya waktu.
 Tatkala badan dibuai kelalaian duniawi.
Tanpa mengendahkan  ukhrawi yang pasti.
Aku tenggelam di saat itu.
Aku sesat di jalan berliku.
 Menyesali setiap langkah yang berlalu.
Digapai ia tiada guna.
 Kini tangisan luka merana mengisi jiwa.
Andai aku sedar dari dulu.
 Tidak akan ku sia-siakan waktu mudaku.
 Tatkala maut menanti ajal.
Tiada guna buat si gagal.

 


Pen Pilot di tangan yang menjadi peneman mencoret nota diletakkan disisi buku nota merah yang kini dipenuhi contengan yang bermakna. Mata yang kelihatan kuyu itu dialihkan dari skrin komputer  ACER 14 ” milik hakikinya. Badan nan lesu dek  bersandar di kerusi nan usang buat lantaran belajar di meja yang entah apa usianya, diregangkan bagi melancarkan peredaran darah. Penat…. Jam digital yang setia terpapar di muka komputer kesayangan menunjukkan jam 2 pagi. Masih awal untuk membawa diri ke alam mimpi selagi ilmu yang dipelajari belum cukup masak untuk difahami. Itulah kenyataan kehidupan seorang insan yang bergelar pelajar.

Alexander Daneesh.

Pelajar jurusan architecture. Rajin . Peramah. Bijak. Lengkap ciri-ciri nak dijadikan calon suami bagi gadis-gadis genit di sekeliling kota mahupun desa. Ditambah pula berdarah kacukan Turki-Perancis , memang tiada peluang lelaki lain nak ambil peluang mencairkan hati gadis sunti jika dia ada di tempat itu. Persis melihat sesuatu keajaiban apabila melihat wajahnya yang tampan itu berada di depan mata. Adakah begitu tampannya Nabi Yusof A.S...Wallahu ‘allam.

 

Namun begitu, bukan itu yang perlu dibanggakan buat empunya diri yang cukup sederhana orangnya.  Pernah dididik dalam keluarga atheis, dia seakan-akan goyah dalam pegangannya ketika itu. Kosong, jiwanya kosong, rapuh sekali pendirian diri umpama rapuhnya kaca yang dari silicon yang nipis, menanti masa untuk retak. Dia masih mencari . Ketenangan yang abadi. Kebahagiaan yang hakiki.... Maka bermulalah pengembaraan mencari erti hidup sejati.
 

 

Kedengaran muzik rancak memenuhi ruang yang sempit lagi melemaskan. Dipenuhi dengan manusia pelbagai gelagat. Ada yang menari meniru gaya artis entah dari tamadun mana, kadangkala membawa langkah tidak rupa manusia, apatah lagi haiwan . Si dara seronok di pangkuan si teruna, bermesra bagai  tiada istilah menjaga batas pergaulan dalam hidup mereka. Botol-botol berisi air kencing syaitan itu diteguk tanpa ragu-ragu, ditambah lagi selagi badan tidak rebah di kaki lima . Begitulah permandangan di sebuah kelab ternama di sebuah bandar metropolitan yang gah diterangi cahaya lampu-lampu neon yang digubah cantik membentuk pelbagai corak dan rupa, megah menerangi malam kota yang hidup.

Di suatu sudut, seorang anak muda merebahkan badannya yang sasa, dibelai manja gadis-gadis  yang mungkin seusianya, menikmati jiwa muda, katanya sementara masih ada. Inilah mungkin kehidupan yang dicari. Jauh dari kongkongan ibu bapa yang kolot. Tiada halangan melakukan sesuatu. Bebas.... Ungkapan yang ingin diluahkan mungkin hu..nikmatnya dunia orang muda....

“Alex honey, give me your time for me baby..tonight maybe......”

Manja. Gadis putih gebu itu diperhatikan.Susuk tubuh yang molek lagi mengiurkan itu seolah-olah membangkitkan  niatnya mahu menikmati detik-detik kelelakian sejati . Terdetik suatu perasaan yang membara. Tiada siapa yang dapat menghalang. Tambah mengharukan, rakan-rakan sekepala memberi dorongan menghasut . Maka terjadilah satu peristiwa, manusia tidak mengenal dosa. Janji kerana cinta dunia tercipta. Si gadis menggadai mahkota, si teruna sasa pandai bermain kata. Tiada guna juga rakan si durjana pemberi nasihat yang sia-sia.
 
 

 
             Peristiwa itu. Terimbas kembali dalam ingatan. Segera dilafaz kata untuk kembali kepadaNya. Dalam hati dia derita. Derita kerana mengenang ada satu bebanan sesalan tak tahu apa puncanya. Betapa dia jahil. Betapa dia kerdil dalam dunia. Dalam kehidupan yang berliku pasti ada rintangan. Dalam segala usaha menempuh rintangan dia terleka lalu sesat dalam perjalanan.

Kecewa. Itu sahaja yang terkata dalam jiwa. Ditoleh sebentar penglihatan ke arah hujung katil. Tersidai sehelai sejadah biru pemberian seorang sahabat dalam perjalanan mencari erti hidup. Sejadah itu diambil, dibawa ke dakapan. Sebak seketika lalu dibentangkan sejadah hadiah dengan kemas menghadap arah kiblat. Seketika berlalu, dia yang tadi sibuk bersama nota dan coretan yang bermakna berubah menjadi seorang pemuda yang tenang menikmati malam , menyampaikan kata cinta kepada Maha Pencipta. Tenggelam dalam doa munajat berisi keinsafan dan taubat.
 

 
Badai  kekusutan membawa diri meninggalkan permasalahan. Lari. Umpama kelemasan dalam lautan, berusahan mencari tempat untuk selamat agar kekal hidup. Begitulah keadaannya. Gadis yang termakan kata-kata indahnya mula menuntut janji yang kononnya akan dikota. Desakan kesusahan yang menimpa ditambah dengan prestasi akademik yang tidak dijaga merumitkan jiwa mudanya.

 Inikah kebebasan jika ini yang diterima?”

            Apabila akal tidak bersatu dengan hati maka manusia itu akan mati . Dalam teks psikologi, dia bukanlah mati dalam sudut tiada lagi roh dalam jasad tetapi umpama mayat hidup yang tidak berperasaan namun masih boleh melakukan pergerakan. Dia bersendirian menikmati keindahan alam . Dia yakin Tuhan itu wujud. Tetapi, melalui perspektif agama yang mana?

Kristian?”

Tuhan itu mempunyai anak? “

“Adakah wajar konsep trinity jika mahu digandingkan dengan Tuhan? “

“Bukankah Tuhan itu tunggal? “

Tidak! Terlalu rumit persoalan ini.

“Atau mungkin perlu disembah patung-patung sembahan itu jika benar itu Tuhan? Tetapi kenapa perlu manusia yang “menciptakan” Tuhan mereka  kemudian menyembahnya semula?

Konflik ah..kronik.

Termenung dia seketika. Cuba menjawab persoalan yang tidak terjawab. Kecetekan ilmu. Namun dia pasti alam yang indah ini tetap ada penciptanya. Ajaran lamanya tidak ditinggalkan begitu sahaja. Cuma segelintir pemahaman dalam agama itu yang tidak dapat diterima. Bukan sepenuhnya.
 


Ameer Hanif.

Sahabat sejati. Yang memberikan hadiah sejadah biru yang bermakna dalam hidupnya. Yang mengenalkan dia kepada agama indah. Agama yang menjadi Ad diin, cara hidup yang selayaknya diamalkan oleh umat manusia.

 Islam.

Menjawab setiap persoalan yang terbuku di hati sejak sekian lama. Melengkapi segala aspek kehidupan. Meyakinkan diri akan kewujudan tuhan yang selama ini menafikan.

Tenang. Nyaman.

 


“Salam. Are you in need of help brother?”

Sapaan lembut dan mesra pada waktu kusut itu mematikan seketika permasalahan yang menghantui. Mata yang dari tadi termenung jauh memandang entah apa kerana pandangannya itu lenyap dalam pemikiran sebentar tadi dibawa ke arah pemuda sederhana tinggi di hadapannya. Berkulit sawo matang, berkumis nipis kemas dengan sejemput janggut nan rapi bersama senyuman yang amat manis dipandang. Terletak di kepala pemuda itu sejenis topi yang pelik baginya. Setelah berbicara beberapa ayat bagi memperkenalkan diri, dia mula tertarik untuk mengenali dengan lebih dekat pemuda itu. Terasa lapang dada berbicara dengannya. Berasal dari Malaysia. Berbangsa melayu. Lebih menarik, beragama Islam. Topi pelik yang dilihatnya tadi dipanggil kopiah dalam bahasa mereka.

Di suatu sudut di bumi bertuah ini, mereka menjadi sahabat yang mesra dalam sekelip mata. Alam menjadi saksi. Ternyata pemuda itu mendengar dengan teliti setiap masalah yang dialaminya. Dia menjawab setiap persoalan yang terbuku di hati. Setiap hari pasti ada topik yang mereka bincangkan mengenai krisis diri yang dialami namun tetap dapat dijawab dengan pelbagai jawapan yang memuaskan disokong lagi dengan hujah-hujah yang diambil dari senaskhah buku yang dikatakan mukjizat nabi mereka, Al-Quran.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

 Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds;Most Gracious and Most Merciful; Master of the Day of Judgement; Thee do we worship, and Thine aid we seek; show us the straight way; the way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those (portion) is not wrath, and who go not astray.

Al-Fatiha:1-7

Dia tertarik dengan ayat-ayat yang dikarang indah dalam Al-Quran. Dia sayu mendengarkan sahabatnya melagukan bacaan setiap ayat itu hinggakan gugur air mata yang jarang sekali akan gugur. Bergetar jiwa pemilik tubuh sasa yang dahulunya kaki betina, pembuat dosa durjana.

“show us the straight way...”

 

Sehelai sejadah biru dihadiahkan pada hari dia mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah dan hanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Hari dia mengucapkan syahadah. Hari dia menemui ketenangan bersama Islam. Hanya kerana sepotong ayat itu, jiwanya kembali bertaut kepada jalan yang Esa. Ternyata, hidayah itu memang ada.

 

Sahabat itu. Kini tiada sudah di dunia. Menyahut seruan Ilahi. Nyawa diambil ketika melaksanakan tanggungjawab menjemput rakan-rakannya yang baru tiba dari Malaysia. Apakan daya, tiada siapa yang tahu bahawa keretanya akan ditimpa kemalangan. Dia menyaksikan sendiri di pagi hari keramat itu sahabatnya begitu ceria daripada biasa malah mengharapkan keampunan dari semua rakan-rakan termasuklah dia. Tidak dia tahu itulah tanda pengakhiran persahabatan mereka. Dia bersyukur dapat mengenali sahabat itu dan sempat berubah. Tuhan lebih menyayanginya. Begitu singkat Allah meminjamkannya kepada ku.

Kini sahabat itu turut mendidik dirinya satu pengajaran terakhir bahawa maut itu pasti dan maut tidak mengenal usia. Dia menangis gembira, bersyukur kerana Allah telah menemukan mereka. Meminjamkan kepadanya seorang sahabat yang setia mendengar suara hatinya.

Semoga Allah mempertemukan kita semula di syurgaNya

Pencarian yang dinanti ditemui. Pengembaraan di bumi bertuah membawanya menemui hakikat kebenaran yang hakiki. Membawanya mengenali  pemilik dunia yang abadi.

Semangatnya kembali kepada bilik yang kecil itu. Terasa segar setelah meluahkan rasa kepadaNya. Sejadah biru dilipat kemas. Diletakkan semula ke hujung katil.

 Sehelai kertas dari nota merahnya diambil. Pen Pilot yang telah lama dilepaskan dari genggaman diambil buat mencoret luahan perasaan. Perlahan-lahan ayat yang tulus dari hati dikarang dalam kertas sekeping itu. Dia tersenyum. Gembira mungkin.

 

 


Dari sahabat kepada sahabat

Duhai sahabat,
Sejadah ini menjadi saksi,
Tatkala aku menangis di malam hari,
Sejadah ini menjadi saksi,
Aku sujud kepada Ilahi,
Sejadah ini menjadi saksi,
Persahabatan kita kekal abadi…

Terima kasih sahabat, engkau membawa aku kembali ke jalanNya. Allah telah menemukan aku dalam pencarian ini. Semoga kita akan bertemu kembali.

 
Sahabat…damailah kamu di sisiNya.

Sahabatmu,

Iskandar
                                                            
 
P/S:
ini adalah percubaan pertama Yan dalam menghasilkan nukilan cerpen. Tidaklah seberapa hebat seperti penulis-penulis ternama yang lain tetapi sekadar cetusan idea yang terhasil dari penceritaan pengalaman mahupan dilalui sendiri oleh penulis. Tiada kaitan antara hidup atau yang mati, dan harap pembaca dapat memberikan atau berkongsi sedikit komen atau kata-kata yang dapat memperbaiki kelemahan yang ada. Insyaallah di setiap perkongsian ilmu pasti memberi impak yang positif dan semoga Allah memberkati kalian.
 
Till then, Assalamualaikum <3
 

Assalamualaikum <3
 
Hehe, seyezly lame giler x blogging..almaklum busy sesgt *tgn ke dada mata ke atas*...
 
Alhamdulillah..based on Aina's "KEREPEK ENTRY" yup, i gonna fly off soon.
banyak giler bende yang terlepas nak tulis kat sini yang mmg hope giler dapat share ngn korang. Last post bout my life in UTM.
 
I am not going to talk bout my farewell now...coz insyaallah sempat lagi nak post pasal tuhhh...*dh entry post pon tajuk dier almost farewell kannnn :)* hehe
 
Life in INTEC...frankly speaking ....SWEET and full with unexpected suprises. Today you might be a nobody but maybe a next few day you'll become  a somebody. Here I got my friends from my old school and not to forget super2 old..*sekolah rendah je pown nk old sgt pown*tapi excited lah gak jumpe dowang. hehe
 
They are awesome. magnifique!! but of coz there are still lack of this and that, which still can be accepted coz nobody's perfect.
 
my classmates...*according to namelists :P* Mira, Zara, Yani, Farah, Syika and Kiki are wonderful though i was a bit dissapointed when i was placed in a class with 100% girls like in STF...but that was before i knew them!! Later on, they are like sisters to me. Luv u alls!!
 
Lecturers, so 1 MALAYSIA!!! Madame Das, she's Indian...Madame Lee sah..chinese...and our ustaz Rahman...yeah malay. :D
 
k2, stop ckp pasal bende luar dr diri. how bout me??
 
hihi.
 
Not much...act a lot!! tapi tetibe malu nak citer *sile tampar diri sendiri*
Kat sini, Yan rase agak matang dari dulu but i am still BRONT!! the way matang is like the way i think *mungkin* dress anyone??? ...
 
erm,,actually klu citer perubahan, mungkin x ketara bagi org yg dah lame kenal yan sebab mmg bile ngn korang Yan rase jadi perangai lame balik! So, Allah je lah yg tahu yan berubah tang mane yerk..
 
rite, after mambling so much *bukan ni pon yg yan nak mainkan* maaf
 
 jgn lah marahh..bace lagi eak <3


Tak sampai sebulan kot Yan nak tinggalkan Malaysia..It's hard to leave everything behind but yeah, this is my responsibility and i hope kalian dapat doakan perjalanan ini. Bukan untuk diri Yan but also for u guys. May our friendship last till Jannah. Insyaallah. Tiada persahabatan tanpa dugaan, tapi yang pasti dugaan yg datang kekal menjadi memori yang membuatkan kita tabah menjalani kehidupan. Ingat, susah senang bersama.if ada rezeki, kita akan berjumpa lagi. Thanks for always be there for me, helping me in each and every corner of difficulities we had before. cheer me up when i was down and having happiness in each moment we had. How greatfull i am to have these people around me :) till then, meet you in the next post. Au revoir!!

 
 


Okayy...Izyan dah nak fly.Looks like it's going to be in less than a month that I'd probably set up a Skype account for myself.Khas untuk Yan yang akan berada di France tak lama lagi.hukhuk T_T




















Bab-bab buat akaun untuk social network ni sumpah aku malas nak buat.Yang ada sekarang ni pun sebab lepas banyak kali kena tanya dengan kawan-kawan.Kfine la..aku buat supaya "tak lost contact" bak kata diaorang tuu

Twitter : twitter aku haram jadah...bahasa tak bertapis langsung,iyalah nama pun twitter.Segala ayat yang aku rasa aku bakal di'condemn' kalau post kat fb,aku twit.It's twitter bambino!

Facebook : khas untuk stalk orang.hahaha..stalkering never gets boring

Tumblr : dah lama tak bukak.apa password pun dah lupa.

Whatsapp : ha,ni pun untuk...

and the list goes on...


tapi tak pe,once kau dah ada kat France nanti,aku buat akaun Skype k :)



kerepek yang aku tak jumpa raya tahun ni




#malamnifreesesangatsoiwantedtodropbyafewwordsheresincedalamatakbukakblog#
  ni untuk Izyan since dia dah lama tak tengok aku merepek ;)


           

    About Me

    My Photo
    IzmanaGB
    kick off your shoes and lepak wif us...the bloggers are Mai (Hikari Naito), Aina and Izyan...three person many stories one world....haha...camner??
    View my complete profile

    Followers