Setiap saat yang berlalu.
Berlalu tanpa disedari betapa pentingnya
waktu.
Tatkala badan dibuai kelalaian duniawi.
Tanpa mengendahkan ukhrawi yang pasti.
Aku tenggelam di saat itu.
Aku sesat di jalan berliku.
Menyesali setiap langkah yang berlalu.
Digapai ia tiada guna.
Kini tangisan luka merana mengisi jiwa.
Andai aku sedar dari dulu.
Tidak
akan ku sia-siakan waktu mudaku.
Tatkala
maut menanti ajal.
Tiada guna buat si gagal.
Pen Pilot di
tangan yang menjadi peneman mencoret nota diletakkan disisi buku nota merah
yang kini dipenuhi contengan yang bermakna. Mata yang kelihatan kuyu itu
dialihkan dari skrin komputer ACER 14 ” milik hakikinya. Badan nan
lesu dek bersandar di kerusi nan usang
buat lantaran belajar di meja yang entah apa usianya, diregangkan bagi
melancarkan peredaran darah. Penat…. Jam digital yang setia terpapar di muka komputer
kesayangan menunjukkan jam 2 pagi. Masih awal untuk membawa diri ke alam mimpi
selagi ilmu yang dipelajari belum cukup masak untuk difahami. Itulah
kenyataan kehidupan seorang insan yang bergelar pelajar.
Alexander
Daneesh.
Pelajar
jurusan architecture. Rajin . Peramah. Bijak. Lengkap ciri-ciri nak dijadikan
calon suami bagi gadis-gadis genit di sekeliling kota mahupun desa. Ditambah
pula berdarah kacukan Turki-Perancis , memang tiada peluang lelaki lain nak
ambil peluang mencairkan hati gadis sunti jika dia ada di tempat itu. Persis
melihat sesuatu keajaiban apabila melihat wajahnya yang tampan itu berada di
depan mata. Adakah begitu tampannya Nabi Yusof A.S...Wallahu ‘allam.
Namun
begitu, bukan itu yang perlu dibanggakan buat empunya diri yang cukup sederhana
orangnya. Pernah dididik dalam keluarga atheis, dia seakan-akan goyah dalam
pegangannya ketika itu. Kosong, jiwanya kosong, rapuh sekali pendirian diri
umpama rapuhnya kaca yang dari silicon yang nipis, menanti masa untuk retak.
Dia masih mencari . Ketenangan yang abadi. Kebahagiaan yang hakiki.... Maka
bermulalah pengembaraan mencari erti hidup sejati.
Kedengaran
muzik rancak memenuhi ruang yang sempit lagi melemaskan. Dipenuhi dengan
manusia pelbagai gelagat. Ada yang menari meniru gaya artis entah dari tamadun mana, kadangkala membawa langkah tidak rupa
manusia, apatah lagi haiwan . Si
dara seronok di pangkuan si teruna, bermesra bagai tiada istilah menjaga batas pergaulan dalam
hidup mereka. Botol-botol berisi air kencing syaitan itu diteguk tanpa
ragu-ragu, ditambah lagi selagi badan tidak rebah di kaki lima . Begitulah
permandangan di sebuah kelab ternama di sebuah bandar metropolitan yang gah
diterangi cahaya lampu-lampu neon yang digubah cantik membentuk pelbagai corak
dan rupa, megah menerangi malam kota yang hidup.
Di suatu sudut, seorang anak muda merebahkan badannya
yang sasa, dibelai manja gadis-gadis
yang mungkin seusianya, menikmati jiwa muda, katanya sementara masih
ada. Inilah mungkin kehidupan yang dicari. Jauh dari kongkongan ibu bapa yang kolot.
Tiada halangan melakukan sesuatu. Bebas.... Ungkapan yang ingin diluahkan
mungkin hu..nikmatnya dunia orang muda....
“Alex
honey, give me your time for me baby..tonight maybe......”
Manja.
Gadis putih gebu itu diperhatikan.Susuk tubuh yang molek lagi mengiurkan itu
seolah-olah membangkitkan niatnya mahu
menikmati detik-detik kelelakian sejati . Terdetik suatu perasaan yang membara.
Tiada siapa yang dapat menghalang. Tambah mengharukan, rakan-rakan sekepala
memberi dorongan menghasut . Maka terjadilah satu peristiwa, manusia tidak
mengenal dosa. Janji kerana cinta dunia tercipta. Si gadis menggadai mahkota, si teruna sasa pandai bermain
kata. Tiada guna juga rakan si durjana pemberi nasihat yang sia-sia.
Kecewa.
Itu sahaja yang terkata dalam jiwa. Ditoleh sebentar penglihatan ke arah hujung
katil. Tersidai sehelai sejadah biru pemberian seorang sahabat dalam perjalanan
mencari erti hidup. Sejadah itu diambil, dibawa ke dakapan. Sebak seketika lalu
dibentangkan sejadah hadiah dengan kemas menghadap arah kiblat. Seketika
berlalu, dia yang tadi sibuk bersama nota dan coretan yang bermakna berubah
menjadi seorang pemuda yang tenang menikmati malam , menyampaikan kata cinta
kepada Maha Pencipta. Tenggelam dalam doa munajat berisi keinsafan dan taubat.
Badai kekusutan membawa diri meninggalkan
permasalahan. Lari. Umpama kelemasan dalam lautan, berusahan mencari tempat
untuk selamat agar kekal hidup. Begitulah keadaannya. Gadis yang termakan
kata-kata indahnya mula menuntut janji yang kononnya akan dikota. Desakan
kesusahan yang menimpa ditambah dengan prestasi akademik yang tidak dijaga
merumitkan jiwa mudanya.
“Inikah
kebebasan jika ini yang diterima?”
Apabila
akal tidak bersatu dengan hati maka manusia itu akan mati . Dalam teks
psikologi, dia bukanlah mati dalam sudut tiada lagi roh dalam jasad tetapi
umpama mayat hidup yang tidak berperasaan namun masih boleh melakukan
pergerakan. Dia bersendirian menikmati keindahan alam . Dia yakin Tuhan itu wujud.
Tetapi, melalui perspektif agama yang mana?
“Kristian?”
“ Tuhan itu mempunyai anak? “
“Adakah wajar konsep trinity jika mahu digandingkan dengan Tuhan? “
“Bukankah Tuhan itu tunggal? “
Tidak! Terlalu rumit persoalan
ini.
“Atau mungkin perlu disembah patung-patung sembahan itu jika benar itu
Tuhan? Tetapi kenapa perlu manusia yang “menciptakan” Tuhan mereka kemudian menyembahnya semula? “
Konflik
ah..kronik.
Termenung dia seketika. Cuba
menjawab persoalan yang tidak terjawab. Kecetekan ilmu. Namun dia pasti alam
yang indah ini tetap ada penciptanya. Ajaran lamanya tidak ditinggalkan begitu
sahaja. Cuma segelintir pemahaman dalam agama itu yang tidak dapat diterima.
Bukan sepenuhnya.
Ameer Hanif.
Sahabat sejati. Yang memberikan
hadiah sejadah biru yang bermakna dalam hidupnya. Yang mengenalkan dia kepada
agama indah. Agama yang menjadi Ad diin, cara hidup yang selayaknya diamalkan
oleh umat manusia.
Islam.
Menjawab setiap persoalan yang
terbuku di hati sejak sekian lama. Melengkapi segala aspek kehidupan.
Meyakinkan diri akan kewujudan tuhan yang selama ini menafikan.
Tenang.
Nyaman.
“Salam.
Are you in need of help brother?”
Sapaan
lembut dan mesra pada waktu kusut itu mematikan seketika permasalahan yang
menghantui. Mata yang dari tadi termenung jauh memandang entah apa kerana
pandangannya itu lenyap dalam pemikiran sebentar tadi dibawa ke arah pemuda
sederhana tinggi di hadapannya. Berkulit sawo matang, berkumis nipis kemas dengan
sejemput janggut nan rapi bersama senyuman yang amat manis dipandang. Terletak
di kepala pemuda itu sejenis topi yang pelik baginya. Setelah berbicara
beberapa ayat bagi memperkenalkan diri, dia mula tertarik untuk mengenali
dengan lebih dekat pemuda itu. Terasa
lapang dada berbicara dengannya. Berasal dari Malaysia. Berbangsa melayu. Lebih
menarik, beragama Islam. Topi pelik yang dilihatnya tadi dipanggil kopiah dalam
bahasa mereka.
Di suatu sudut di bumi bertuah ini, mereka menjadi
sahabat yang mesra dalam sekelip mata. Alam menjadi saksi. Ternyata pemuda itu
mendengar dengan teliti setiap masalah yang dialaminya. Dia menjawab setiap
persoalan yang terbuku di hati. Setiap hari pasti ada topik yang mereka
bincangkan mengenai krisis diri yang dialami namun tetap dapat dijawab dengan
pelbagai jawapan yang memuaskan disokong lagi dengan hujah-hujah yang diambil
dari senaskhah buku yang dikatakan mukjizat nabi mereka, Al-Quran.
In
the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
Praise be to Allah, the Cherisher and
Sustainer of the worlds;Most Gracious and Most Merciful; Master of the Day of
Judgement; Thee do we worship, and Thine aid we seek; show us the straight way;
the way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those (portion) is not
wrath, and who go not astray.
Al-Fatiha:1-7
Dia tertarik dengan
ayat-ayat yang dikarang indah dalam Al-Quran. Dia sayu mendengarkan sahabatnya
melagukan bacaan setiap ayat itu hinggakan gugur air mata yang jarang sekali
akan gugur. Bergetar jiwa pemilik tubuh sasa yang dahulunya kaki betina,
pembuat dosa durjana.
“show
us the straight way...”
Sehelai
sejadah biru dihadiahkan pada hari dia mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah
dan hanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Hari dia mengucapkan syahadah. Hari
dia menemui ketenangan bersama Islam. Hanya
kerana sepotong ayat itu, jiwanya kembali bertaut kepada jalan yang Esa.
Ternyata, hidayah itu memang ada.
Sahabat
itu. Kini tiada sudah di dunia. Menyahut seruan Ilahi. Nyawa diambil ketika
melaksanakan tanggungjawab menjemput rakan-rakannya yang baru tiba dari
Malaysia. Apakan daya, tiada siapa yang tahu bahawa keretanya akan ditimpa
kemalangan. Dia menyaksikan sendiri di pagi hari keramat itu sahabatnya begitu
ceria daripada biasa malah mengharapkan keampunan dari semua rakan-rakan
termasuklah dia. Tidak dia tahu
itulah tanda pengakhiran persahabatan mereka. Dia bersyukur dapat mengenali
sahabat itu dan sempat berubah. Tuhan lebih menyayanginya. Begitu singkat Allah
meminjamkannya kepada ku.
Kini sahabat itu turut mendidik dirinya satu pengajaran
terakhir bahawa maut itu pasti dan maut tidak mengenal usia. Dia menangis
gembira, bersyukur kerana Allah telah menemukan mereka. Meminjamkan kepadanya
seorang sahabat yang setia mendengar suara hatinya.
“Semoga Allah mempertemukan kita semula di syurgaNya”
Pencarian
yang dinanti ditemui. Pengembaraan di bumi bertuah membawanya menemui hakikat
kebenaran yang hakiki. Membawanya mengenali
pemilik dunia yang abadi.
Semangatnya
kembali kepada bilik yang kecil itu. Terasa segar setelah meluahkan rasa
kepadaNya. Sejadah biru dilipat kemas. Diletakkan semula ke hujung katil.
Sehelai kertas dari nota merahnya diambil. Pen Pilot yang telah lama dilepaskan dari
genggaman diambil buat mencoret luahan perasaan. Perlahan-lahan ayat yang tulus
dari hati dikarang dalam kertas sekeping itu. Dia tersenyum. Gembira mungkin.
Dari sahabat kepada sahabat
Duhai sahabat,
Sejadah ini menjadi saksi,
Tatkala aku menangis di
malam hari,
Sejadah ini menjadi saksi,
Aku sujud kepada Ilahi,
Sejadah ini menjadi saksi,
Persahabatan kita kekal
abadi…
Terima kasih sahabat,
engkau membawa aku kembali ke jalanNya. Allah telah menemukan aku dalam pencarian
ini. Semoga kita akan bertemu kembali.
Sahabat…damailah kamu di
sisiNya.
Sahabatmu,
Iskandar
Post a Comment