aku.kami.semua;-)

we share coz we care.....

Pages

Tadi,sambil-sambil meng'online'kan diri ni...aku terdengar satu ceramah ni.Ceramah tu dekat tv..tak taula dekat tv9 ke dekat channel Al-hijrah tapi yang pasti dekat tv laa..Kalau ikut style tok wan aku,dia akan buka ceramah yang ada kat siaran radio..yang loghat utara pekat mengalahkan sup campbell rosliyana.Tapi sekarang ni bukan nak cerita pasal ceramah yang tok wan aku selalu dengar tu tapi ceramah yang aku terdengar tadi.Isu ceramah tu boleh tahan jugak -peranan ibu bapa (heh,dah macam tajuk esei spm paper BM pulak) dekat isu gay dengan lesbian dalam diri anak-anak.


Tiba-tiba je mak aku bersuara..

"Betul ke acik?"

Haa??betul apa pulak ni..aku tak dengar apa-apa pun sebab telinga aku tengah bersumbat dengan earphone..hehe..macam biasa.

"...biasanya anak-anak yang terlibat dengan benda-benda macam ni sebab sekolah satu jantina.Semua lelaki tau semua perempuan.Sebab dah terbiasa dengan situasi satu jantina tu,jadi mereka ni ada perasaan sayang terlebih dekat kawan sejantina mereka..."

Oh..pasal tu ke..

"Mestila ada mak.Wajibla semua sekolah satu gender ni ada benda-benda macam tu"

Mak aku terdiam.Hahaha..kenapa la pulak dengan mak aku ni..

"...kita ni sebagai ibu bapa kena tengok..kalau yang anak lelaki tu suka main patung-patung ke,masak-masak ke..cakap sikit dah nak nangis.."

"Macam Asyraf..acik lawan mulut dengan dia sikit dah nak nangis.eee.."

Penceramah tu pun ada jugak kata untuk kenal pasti manusia khunsa ni..,kita boleh check berapa bilangan tulang rusuk yang dia ada.Kalau ganjil,lelakilah..vice versa.Instead of kita observe minat dia ke arah apa..boleh je jadi misdiagnosed kalau ikut tu.

Mak aku ketawa je dengar aku kata macam tu.Dan atas sebab tu jugakla aku pernah cadangkan mak aku hantar adik aku tu ke rmc ke..kisas pun bagus jugak.Biar dia jadi lelaki sikit..hihi..Tapi benda tu tak adala affect sangat dekat semua student yang sekolah satu gender.Golongan tu minoriti je..Alhamdulillah yang aku tengok setakat ni batch aku mostly normal je..kecuali yang dah tergelincir sorang dua.Yang tu dah tak tau nak nasihat macam mana..


Aku ingat lagi waktu on the way ke tuisyen tahun lepas.Masa tu mak aku yang hantar dan kebetulan waktu aku ternampak isu terbaru dekat Mastika -trend kelar-kelar tangan dalam kalangan student.Bila aku ternampak cerita tu,aku katala dekat mak aku..yang dekat sekolah aku pun ada jugak benda-benda macam ni berlaku.Mak aku terkejut..

"STF pun ada kes macam ni?"

"Haah.."

"Ish..kalau awak buat benda yang sama..,mak terus hantar awak jumpa psikiatri."

Muka mak aku serius betul masa tu.Hahaha..alahai,tak ada kerja aku nak cacatkan tangan aku ni dengan kelar-kelar tangan segala bagai tak pasal tu.Penat je aku jaga elok-elok.Tapi macam excited pun ada jugak sebab bolehla aku interview psikiatri tu..since aku pun memang minat benda-benda mental ni..haha...


Tapi..Allah kan dah berfirman..setiap makhluk itu diciptakan berpasang-pasangan.So,kenapa nak pertikaikan?



وَمِن كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ
Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan.. ( Az-Zaariyaat : 49)

سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ
Maha Suci Zat yang telah menciptakan berpasang-pasangan semuanya dari apa yang ditumbuhkan bumi dan dari diri-diri mereka sendiri dan dari apa yang tidak mereka ketahui. (Yaasiin : 36 )

0 Responses so far.

Post a Comment

    About Me

    My Photo
    IzmanaGB
    kick off your shoes and lepak wif us...the bloggers are Mai (Hikari Naito), Aina and Izyan...three person many stories one world....haha...camner??
    View my complete profile

    Followers