Aku tak taula kalau orang nak kata aku ni pelik ke apa (sebab mc selalu cakap macam tu..hahaha) tapi petang tadi menghabiskan masa duk depan laptop ni melayan youtube.Ya..tau dek pak yem,habis ni....
Laa..biasala layan youtube tu..apa yang peliknya??
Mesti ada orang fikir macam tu tapi haha..aku layan vid "Tango" dan "Besame Mucho"..by Kenny G.Boleh tahan jugak.Dan sure-sure sangatla berapa kerat je remaja seusia aku ni layan benda-benda macam tu.Kalau ada pun,tak ramai kan?Kalau orang lain duk "LIKE" Najwa Latif,aku lagi suka dengar Najwa Mahiadin.Haa..lagi sedap..lagi mantap vokal dia.
Esok..back to reality la jawabnya.Sekolah...tinggal berapa hari je lagi nak SPM.Hmm...tak pasti diri ni dah cukup sedia atau pun tak...hmm..
Aku baru je habis baca Contengan Jalanan by Hlovate.Bagus novel tu,kena pulak dengan time raya ni.Haha..
"A man who decides to change on the
12th hour dies on the 11th hour"
Catchy tagline tu.Tapi memang membawa maksud yang mendalam..tryla baca.Tak rugi pun.Bagus untuk semua..Aku pun rasa macam nak buat backpacking ala Fend dan Chad.Mana tau kut-kut dapat pengalaman yang sama.Alhamdulillah...
Kalaula dapat bakat yang sama macam Hlovate ke,Jodi Picoult ke,..bolehla nak buat novel yang gempak macam tu..haha..tapi tak de pulak ada bakat nak tulis berbunga-bunga bagai.
Tapi aku target aku akan ada buku sendiri...insyaallah dalam masa 10 tahun selepas aku mula kerja.Amin..
by Aina
Post a Comment