aku.kami.semua;-)

we share coz we care.....

Pages

Assalamualaikum buat Mama yang disayangi selalu....

      Mama, maafkan kakak kerana buat Mama kecewa. Tidak terlintas sedikit pun di hati Kakak ingin membiarkan Mama pergi jauh berseorangan. Dengan rela hati Kakak meng'offer' diri untuk menemani Mama. Namun.....kecil hati Kakak bila Mama mengatakan Mama ingin membawa Adik bersama dengan alasan, Adik anak Mama, Kakak anak Ayah. Mama, teringin sangat Kakak memberontak apabila Mama meluahkan kata-kata itu, namun, Kakak hanya berhak bersangka baik terhadap Mama dengan berfikiran Mama mungkin hanya bersenda. Sepanjang perjalanan di dalam kereta tadi, Kakak hanya mampu mengunci mulut kerana tidak ingin menambah kesakitan hati.

   Mama, maafkan Kakak kerana membiarkan Mama pergi tanpa memberikan salam dan pelukan kasih. Ingin sahaja Kakak bangun dari tidur, namun apakan daya, penangan ubat yang dimakan terlalu kuat. Kakak sedikit keliru tatkala melihat Adik masih berada di depan mata Kakak...tidakkah Adik menemani Mama??
   
   Mama, sepanjang Mama pergi, hati Kakak berasa bersalah kerana tidak mengiringi pemergian Mama. Bertambah seksa apabila melihat Adik di depan mata. Bukan bermaksud Kakak membenci Adik, namun kerana berasa kasihan melihat Mama keseorangan. Doa agar Mama sampai ke destinasi yang ditujui dengan tidak putus Kakak ucapkan meskipun hanya di dalam hati. Kakak yakin, Mama adalah seorang ibu yang cekal. Kakak sentiasa menyanjungi sikap Mama yang berani menanggung cabaran.

    Mama, tahukah Mama betapa berkecainya hati Kakak tatkala Ayah membaca SMS Mama. Deras air mata Kakak mengalir. Kakak tahu, memang Mama sedih melihat anak-anak Mama kerana tidak sanggup berkorban demi Mama. Berdasarkan ayat Mama itu, seolah-olah kami anak derhaka...Mama, ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Kakak membaca setiap butir perkataan yang Mama luahkan.....Sampai hati Mama.....
   
     Mama,,,
Mama sedar tidak, sememangnya Kakak banyak bersabar dengan Mama. Kakak masih sedar bahawa Kakak masih memikul tanggungjawab sebagai seorang anak dan selamanya akan menjadi seorang anak....Kakak teringinkan syurga yang terletak di bawah kaki Mama. Setiap nasihat dan kata-kata Mama, Kakak cuba laksanakan meskipun Kakak terpaksa mengorbankan apa yang Kakak rasa dapat mengembirakan diri Kakak Kerana, Kakak yakin, kata-kata Mama ada maknanya. Kakak sanjung sifat Mama sehingga kadangkala, tindakan Kakak terbawa-bawa dengan sifat Mama. Namun, hari ini, Kakak sedar yang kadangkala sifat Mama juga yang banyak menghancurkan hati Kakak. Tapi, Kakak tidak sesekalipun ingin meluahkannya kepada Mama kerana Kakak tidak ingin Mama terluka....Hampir setiap malam, apabila Kakak berjauhan dari Mama, air mata menemani tidur Kakak..Kakak terkenangkan setiap jasa yang telah Mama lakukan untuk Kakak dalam membesarkan Kakak. Kakak sedar, dalam adik-beradik yang lain, hanya Kakak yang dapat merasai keperitan hidup keluarga kita dari mula...Alangkah indahnya kalau Kakak dapat membalasnya semula....

   Mama, warkah ini hanyalah luahan hati Kakak....Maafkanlah Kakak kerana menyakiti Mama...Kakak berusaha berkorban demi Mama kerana Mama banyak berkorban demi Kakak....
Sekian, salam sayang dari Kakak buat Mama tersayang.....

0 Responses so far.

Post a Comment

    About Me

    My Photo
    IzmanaGB
    kick off your shoes and lepak wif us...the bloggers are Mai (Hikari Naito), Aina and Izyan...three person many stories one world....haha...camner??
    View my complete profile

    Followers